AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT - AYUH!!!
APA ITU PEMAKANAN SIHAT?
Ramai orang beranggapan bahawa kurus tu sihat. Jadi untuk dapatkan badan idaman, ramai yang telah merana dengan mencuba pelbagai diet yang melampau.
Anda beranggapan bahawa tempoh diet merupakan tempoh yang menyukarkan anda.
Ianya menghalang anda untuk menikmati makanan kegemaran anda.
Anda berasa tidak gembira sepanjang tempoh tersebut dan tidak menikmati proses yang dilalui.
Kesannya, lepas dah dapat bentuk badan yang diingini, anda kembali makan dengan kadar seperti sediakala.
Piramid makanan sebenarnya dapat membantu kita untuk mengamalkan pola pemakanan sihat dengan lebih mudah.
Bahagian paling besar dan paling bawah merupakan nutrisi yang paling penting dan perlu diambil dengan kadar yang paling banyak.
Makanan di berada pada tangga teratas adalah makanan yang perlu dielakkan sama sekali.
Comments
Post a Comment